Di awal tahun ini pelbagai aktiviti
kokurikulum sedang dijalankan di sekolah. Antaranya ialah sukan, permainan dan
olahraga. Murid-murid telah dipilih dari peringkat sekolah, pereingkat daerah,
peringkat negeri dan peringkat kebangsaan dan ada murid hingga mencapai
peringkat antarabangsa.
Sebagai bukti dan penghargaan
kepada murid pihak berkenaan perlu membuat sijil kepada mereka. Sijil sangat
penting sebagai dokumen membuktikan murid ini telah mencapai sesuatu tahap
dalam bidang kokurikulum. Bukan hanya kurikulum, murid juga perlu cemerlang
dalam bidang kokurikulum.
Disini guru mengalami masalah
dalam membuat sijil dan mencetak sijil. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk
mencetak sijil sekiranya jumlah murid ramai. Guru tidak perlu membuat satu
persatu untuk mencetak. Disini menunjukkan tutorial cara mencetak sijil dengan
mudah.
Cara Mencetak Sijil Dengan Mudah
1.Design sijil terlebih dahulu di
Mc Word.
2. Senarai nama dan nombor
pengenalan ditaip di Mc Excel. Boleh ubah tulisan yang dikehendaki.
3. Buka kembali design sijil di Mc
Word. Klik butang “MAILINGS” , “START MAIL MERGE. Klik “STEP-BY-STEP MAIL MERGE
WIZARD”, Pilih “LETTERS”, Klik “NEXT: STARTING DOCUMENT”.
4. Pilih “USE THE CURRENT
DOCUMENT”, Klik “NEXT: SELECT
RECIPIENTS”
5. Pilih “USE AN EXISTING
LIST”. Klik “BROWSE”. Pilih Senarai Nama
yang mahu dicetak.
klik “OPEN”.
6. Pilih “SHEET” senarai nama
tadi. Klik “OK”.
7. Apabila keluar paparan seperti
di gambar, klik “OK”.
8. Klik “NEXT: WRITE YOUR LETTER”
9. Pilih tempat NAMA di sijil,
klik “MORE ITEMS”. Pilih NAMA. Klik “INSERT”.
Klik “CLOSE’.
10. Ulang langkah 9 untuk
memasukkan nombor kad pengenalan.
11. Klik “NEXT: PREVIEW YOUR
LETTERS”
12. Klik “NEXT: COMPLETE THE
MERGE”
13. Boleh tekan “PRINT”. Boleh
Print separuh-separuh atau print semuanya. Bimbang sekiranya print sepenuhnya
printer akan rosak.
Kredit kepada Izzati Hamid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan