::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

26 Februari, 2017

Strategi Pdp STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) di Malaysia



Perkembangan STEM di Malaysia sudah menjadi semakin rancak mutakhir ini. Beberapa inisiatif dirancang bagi memastikan pelaksanaan STEM, terutamanya di sekolah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Berikut adalah strategi Pdp STEM yang dijalankan di Malaysia.


1. Inkuiri
Pendekatan ini merangsang sifat ingin tahu dalam diri murid sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu persoalan


2. Penyelesaian Masalah
Kaedah pembelajaran berasaskan masalah, di mana murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri secara kolaboratif dan berpusatkan murid


3. Berasaskan Projek

Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang spesifik.


sumber asal: cikguhailmi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan