::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

14 Februari, 2017

Fahami Langkah Penjimatan Kerajaan


KOTA BHARU: Kerajaan akan memberi penerangan kepada masyarakat terutama warga pendidik berhubung penjimatan dalam perbelanjaan yang dibuat membabitkan program pendidikan.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPN), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sejak tahun lalu, negara berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan perbelanjaan secara berhemah perlu dilakukan.

Beliau berkata, penerangan terbaik perlu dibuat bagi menjawab persoalan warga pendidik yang mungkin tertanya-tanya mengenai kekurangan atau ketiadaan peruntukan untuk melaksanakan sesuatu program di sekolah.


"Kita harus sedar dalam hidup ini ada pasang surut dan semua negara menghadapi cabaran yang sama (ekonomi tidak menentu).

"Kita perlu menjimatkan perbelanjaan untuk pastikan defisit yang kita sasarkan adalah 3.1 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Tunjong di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail; Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz.


Mustapa berkata, penerangan berhubung keadaan semasa ekonomi juga perlu diperjelaskan supaya masyarakat tidak mudah menyebar maklumat yang tidak betul, sehingga menjejaskan imej negara.


"Meskipun berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu, peruntukan membabitkan persekolahan yang lain seperti Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS), subsidi untuk asrama desa serta Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) masih diteruskan," katanya.

DATUK Seri Mustapa Mohamed diiringi Pengarah JPN, Jaafar Ismail (kiri) beramah mesra dengan sebahagian warga tertinggi JPN di majlis perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di Dewan Sri Tunjong, JPN Bandar Baru Tunjong. - Foto Zaman Huri Isa



Sumber: Bharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan