Kerja rumah yang diberikan oIeh guru dalam pelbagai
bentuk sama ada dalam bentuk kerja projek, penyediaan folio ataupun latihan
adalah merupakan satu kesinambungan kepada pengajaran dan latihan yang
diberikan di dalam kelas.
Kerja rumah juga berperanan untuk meningkatkan
kemahiran murid melalui latihan
pemulihan di samping mengisi masa senggang murid di
luar waktu persekolahan dengan aktiviti pendidikan.
Kementerian menyedari bahawa di luar waktu
persekolahan, murid turut diberikan tugasan tambahan sama kelas-kelas tuisyen,
kelas agama ataupun latihan tambahan yang diberikan oleh ibu bapa mereka
sendiri.
Kementerian berpendapat bahawa murid harus diberi
peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti luar seperti, aktiviti kokurikulum,
riadah atau masa untuk berehat bagi membentuk pengalaman dan minda yang sihat
dan seimbang.
Untuk itu, pelaksanaan kerja rumah perlu
dirancang dengan teliti dan sistematik supaya
hasrat ini dapat dicapai.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan
umum mengenai pemberian kerja rumah untuk dipatuhi oleh semua pengetua, guru
besar dan guru.
Pihak sekolah juga boIeh menyesuaikan panduan umum
mengikut keperluan murid,guru dan sekolah masing-masing. Garis panduan tersebut
adalah seperti berikut:
(A) PERANCANGAN
i) Pihak sekolah melalui Jawatan Kuasa Kurikulum
dan Panitia Mata Pelajaran masing-masing perlulah menyediakan perancangan yang
lengkap dan seimbang bagi setiap kelas untuk
menjadualkan pemberian kerja rumah.
ii) Perancangan pemberian kerja rumah hendaklah
mengambil kira faktor jumlah, jenis atau bentuk, kekerapan, aras kesukaran mata
pelajaran dan kemampuan murid berkenaan.
iii) Faktor lain seperti masa peperiksaan, hari
sukan atau aktiviti kokurikulum, hari kecemerlangan sekolah dan juga hari-hari
cuti juga perlu diambil kira dalam merancang pemberian kerja rumah ini.
Pemberian kerja rumah tidak seharusnya tertumpu kepada
masa cuti atau hujung minggu sahaja.
iv) Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu
dimaklumkan mengenai peranan, perancangan dan pelaksanaan pemberian kerja rumah
oleh pihak sekolah.
(B) PELAKSANAAN
i) Pihak sekolah perlulah memastikan setiap murid diberikan
kerja rumah secara berpatutan dan bersesuaian dengan potensi dan kemampuan
murid berkenaan.
ii) Pihak sekolah tidak digalakkan menyuruh murid
meniru atau menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan jawapan
dari mana-mana sumber seperti sisipan pendidikan akhbar, majalah. buku kerja
dan yang sepertinya sebagai tugasan kerja rumah.
iii) Guru kelas boleh menyelaraskan jadual
pemberian kerja rumah setiap minggu, bagi setiap mata pelajaran di kelas
masing-masing agar setiap guru berpeluang memberikan kerja rumah secara
seimbang dan sama rata.
iv) Tempoh masa menyiapkan kerja rumah mestilah
mengambil kira faktor kemampuan murid, aras kesukaran mata pelajaran, jenis dan
bentuk kerja rumah.
v) Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menyeronokkan, guru perlu mempelbagaikan bentuk tugasan dan kerja
rumah agar tidak hanya tertumpu kepada latihan berbentuk kertas dan pensil/pen
sahaja. Tugasan boleh diolah supaya ianya menjadi lebih menarlk sepertl, folio,
kerja kursus, bahan-bahan bantu belajar dan sebagainya. Selain itu, tugasan
seperti, merumuskan berita di radio atau di televlsyen, mengumpulkan
bahan/input di media cetak/elektronlk, membuat laporan dan pemerhatian mengikut
kesesuaian tajuk dan sebagainya boleh dicadangkan.
vi) Penyemakan kerja rumah dengan segera akan
memudahkan guru membuat tindaksusul seperti, langkah pemulihan atau pengayaan.
(C) PEMANTAUAN
i) Satu mekanisme hendaklah disediakan supaya
jadual pemberian kerja rumah dapat diakses oleh pengetua, guru besar, guru dan
murid pada setiap masa. Oleh itu, jadual ini sesuai dipaparkan di setiap bilik
darjah. Mekanisme yang disediakan perlu mengambil kira jumlah kerja rumah yang
telah/akan diberl kepada murid-murid dalam sebuah
kelas untuk sesuatu hari bagi setiap mata pelajaran selain mengambil kira masa
yang diperlukan oleh murid untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja rumah
berkenaan.
ii) Mekanisme ini juga boIeh melibatkan merekod
pemberian kerja rumah dalam bentuk catatan/buku yang akan membantu memudahkan
pemantauan dibuat secara sistematik dan berkesan.
iii) Pengetua, guru besar dan ketua panitia mata
pelajaran hendaklah memantau pelaksanaan jadual ini agar ianya dilaksanakan
dengan berkesan.
iv) Pengetua dan guru besar adalah bertanggungjawab
memastikan bahawa kerja rumah yang diberikan kepada murid disemak oleh guru
yang berkenaan.
Muat Turun:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan