::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

25 Julai, 2016

Bidang Tugas Guru Perpustakaan Dan Media (GPM)

         




            1.         Pengajaran dan Pembelajaran
a.         Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6       hingga 10 waktu seminggu.

·         Definisi Kemahiran Maklumat.

·         Modul Pengajaran Kemahiran Maklumat.(Catatan: bagi sekolah rendah rujuk Modul Kemahiran Maklumat Untuk Sekolah Rendah terbitan BTP manakala sekolah menengah       pula boleh merujuk buku yang sama dengan mengubahsuai   mengikut keperluan.

·         Waktu pengajaran kemahiran Maklumat:    
o   diintegrasikan dalam mata pelajaran lain (contoh:waktu perpustakaan yang menggunakan waktu BM/BI)
o    
Catatan:  semasa Guru Perpustakaan dan Media mengajar, guru sedia ada perlu bersama.

o   Di luar waktu persekolahan (petang / hari Sabtu)

·         Jadual waktu pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan semua kelas berpeluang mengikuti pengajaran Kemahiran Maklumat.

b.            Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

c.            Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan         pembelajaran.

2.            Perancangan / Pengurusan

a.         Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

b.         Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat          Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.(sila     rujuk kepada pekeliling Kewangan Bil.5/2002).
c.         Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang          komprehensif, seimbang dan kemaskini (Sila rujuk buku          Dasar Pembinaan Koleksi terbitan BTP, 1994).

d.         Merancang dan mengurus program pembacaan (Program     NILAM)           dan pembudayaan ilmu. (Sila rujuk Buku      Konsep  dan   Panduan     Pelaksanaan Program NILAM            terbitan BTP dan pekeliling Iktisas Bilangan 3/1998).

e.         Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber            Sekolah.

f.          Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa      Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber         Sekolah.(Rujuk Pekeliling Pengurusan Mesyuarat)

g.         Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

3.            Pembangunan Sumber Manusia
           
a.         Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras program            pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

·         Mengajar kemahiran maklumat kepada pengawas PSS.
·         Mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan AJK Pusat Sumber Sekolah
·         Mengadakan aktiviti kemahiran mmaklumat diluar waktu persekolahan(petang / hari Sabtu).

4.         Promosi / Perhubungan Luar

a.         Mempromosi dan mengadakan aktiviti-aktiviti galakguna Pusat        Sumber Sekolah

·         Minggu PSS/ Induksi PSS,
·         Bulan Membaca- Julai,
·         Hari Buku Se dunia -1 April,
·         Hari Perpustakaan Sekolah Antarabangsa – Hari Isnin Minggu keempat, bulan Oktober)
           
            b.         Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan   Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan          Perpustakaan  Awam          serta Agensi-agensi lain yang             berkaitan untuk  meningkatkan    perkhidmatan dan   program Pusat Sumber Sekolah.

            c.         Mempromosi dan manjadi ahli Persatuan Perpustakaan /      Pusat Sumber Sekolah.


5.         Pemantauan / Penilaian / Pelaporan

a.         Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat            Sumber Sekolah.

b.         Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung         dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

c.         Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan        pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta   kewangan Pusat Sumber Sekolah.

d.         Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah          dan Program NILAM kepada PKG mengikut keperluan.

Catatan:
Menjalankan tugas seperti yang diarahkan  oleh pihak pengurusan sekolah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan