Bahan - bahan PBPPP [klik sini]
UCAPAN ALUAN
1. Ucapan
Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang dapat menghadiri taklimat
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) .Pengerusi juga
turut mengingatkan mengenai kepentingan guru memahami PBPPP.
2. LATAR
BELAKANG PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ( PBPPP )
2.1
Memaklumkan bahawa PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa
penilaian sedia ada di KPM digabungkan
menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.
2.2 Memaklumkan PBPPP adalah penilaian baharu
memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan
serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
2.3 Memaklumkan Pembangunan instrumen PBPPP
berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan Government Transformation
Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan
Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi
Ditempatkan Di Setiap Sekolah).
2.4
Memaklumkan Konsep Asas PBPPP
akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan Instrumen Generik dan Fungsional serta
Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga
kategori Prestasi iaitu:
a. Prestasi Tinggi (90 – 100)
b. Prestasi Sederhana (60 – 89.9)
c. Prestasi Rendah (0 – 59.99)
3. JAWATANKUASA
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
3.1 Memaklumkan
Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli Jawatankuasa
dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek pengkeranian
dan tiada kuasa mengundi.
3.2
Memaklumkan bagi Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya
dalah seperti berikut :
Pengerusi : Guru
Besar
Setiausaha : Penolong
Kanan Pentadbiran
Ahli :
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Ko-kurikulum
Penolong Kanan Ko-kurikulum
Urus Setia : Ketua Pembantu
Tadbir
4 PEGAWAI
PENILAI ( PP) DAN PEGAWAI YANG DINILAI (PYD)
4.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu
sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah penilaian
semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut
:
a) Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada
majlis/ program)
b) Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/
padang.
c) Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/
pencerapan/ pemerhatian.
4.2
Memaklumkan proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai
Penilai Satu (PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan
oleh PP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara
kedua-dua PP kepada PYD adalah sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam
proses pemberian markah PYD.
4.3
Memaklumkan pelantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang
ditetapkan seperti berikut:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
PYD dan mempunyai kemahiran menilai
secara objektif.
b) Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi
daripada pegawai yang dinilai atau Ketua Organisasi/ Penyelia.
c) Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui
pertalian darah atau perkahwinan antara PP dan PYD.
4.4 Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
5. INSTRUMEN
DAN WAJARAN
5.1
Memaklumkan konsep instrumen adalah :
a) Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang
utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan
konstruk yang hendak dinilai.
b) Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama
pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh
diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk).
c) Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang
dinilai dalam satu tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang
perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen.
5.2
Memaklumkan Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu
Generik, Fungsional dan
Keberhasilan.
5.3 Memaklumkan
Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen
dan aspek yang sama.
5.4
Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
tugas masing-masing.
5.5 Memaklumkan
komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP
dan PTA).
5.6
Memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti
berikut :
a)
Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu;
D1 –
Dimensi Profesionalisme (20%).
D2 –
Dimensi Tugasan Tambahan (10%).
D3 - Dimensi Penglibatan (10%).
b) Komponen
fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%).
c) Komponen
keberhasilan (100%).
5.7
Memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen
generik dan fungsional sebanyak 90%
sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.
6. SISTEM
E-PRESTASI
6.1
Memaklumkan Aplikasi/Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah Sistem
Maklumat Guru(SMG).
6.2 Memaklumkan
Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dilaman sesawang
https://eprestasi.moe.gov.my
6.3
Memaklumkan ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam
talian melalui Internet, boleh dicapai
menggunakan pelayar web utama, boleh
dicapai pada bila-bila masa tertakluk kepada takwim penilaian yang ditetapkan oleh BPPK, tiada
pendaftaran pengguna diperlukan dan pengiraan markah PYD adalah secara automatik.
6.4
Memaklumkan modul-modul utama dalam E-Prestasi adalah :
a) Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolah.
b) Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYD.
c) Penilaian oleh PP1 dan PP2.
d) Penyelenggaraan;
- Pelaporan.
- Pelarasan Markah.
- Set semula Kata
Laluan.
e) Sub Modul
Slip Keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan