::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

06 Mei, 2016

Panduan Cuti Bersalin Untuk Guru (Penjawat Awam)

[sumber asal gambar: kisahamy.com]
Kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan pegawai. Oleh yang demikian, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010) :

1. Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;
2. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan
3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut:

Bagi pegawai kecuali guru:
 -menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
 -mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
 -mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau
 -menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

Bagi guru:
Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki;
ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii) di atas; atau
iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuhyang dilayaki; dan
ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut:

Bagi pegawai kecuali guru:
-mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan
-mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau
-menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Bagi guru:
Semasa penggal sekolah, guru boleh:
i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas; atau
iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.



***********************************************************
SOALAN LAZIM CUTI BERSALIN
***********************************************************

Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 82 hari atau 85 hari?
Jawapan: Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari.

Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin sekiranya pegawai telah menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 300 hari?
Jawapan: Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin sepertimana yang telah dinyatakan dalam perengaggan 11, PP 14/2010.

Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?
Jawapan: Tidak. Perenggan 15.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap?
Jawapan: Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah digunakan.

Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin?
Jawapan: Layak. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

Puan A telah melahirkan 3 orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah mendapat cuti belajar tanpa gaji mulai tahun 2008 hingga 2011. 2 orang anak beliau dilahirkan dalam tempoh pengajian. Adakah kedua-dua orang anak yang dilahirkan dalam tempoh cuti belajar tanpa gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin?
Jawapan: Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji di mana tempoh kemudahan cuti tersebut telah meliputi tempoh Cuti Bersalin, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin memandangkan tempoh Cuti Bersalin itu telah diliputi oleh cuti belajar separuh gaji/ tanpa gaji tersebut.

Puan N, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin bagi anak ketiga namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian?
Jawapan: Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun, tempoh Cuti Bersalin yang diberi adalah diputuskan dengan rundingan di antara pegawai dengan Ketua Jabatan di mana keputusan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari?
Jawapan: Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

a) Semasa penggal sekolah, PPP boleh:
-mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
-mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau
-menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP 5/2014 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

b) Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin sehingga 14 hari (3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin. Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)?
Jawapan: Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).

Puan B, Pembantu Tadbir telah menggunakan 300 hari kemudahan Cuti Bersalin (60 hari bagi setiap kelahiran). Beliau akan bersalin kali ke enam pada hari Kelepasan Am. Bilakah tarikh bersalin pegawai bermula?
Jawapan: Cuti Bersalin mermula dari pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am disambung dengan cuti rehat yang berkelayakan dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji. Walau bagaimanapun, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari.

Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari. Beliau bersalin semasa cuti penggal sekolah. Adakah guru berkenaan boleh untuk tidak menggunakan baki Cuti Bersalin?
Jawapan: Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di perenggan 7.2 PP 14/2010, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut:
a) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
b) bagi tempoh yang selebihnya dianggap Cuti Bergaji Penuh.



Jenis-Jenis Cuti Yang Layak Dipohon Guru Tanpa Jejaskan Pencen / Ganjaran

Terdapat beberapa jenis cuti yang layak untuk guru. Oleh kerana perkhidmatan guru sedikit unik disebabkan adanya cuti sekolah, beberapa perkara perlu di ambil berat berkenaan cuti-cuti lain yang layak dipohon.
Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah bayaran pencen yang bakal diperolehi ketika tamat perkhidmatan kelak.

Oleh yang demikian, dibawah ini adalah jenis-jenis cuti yang layak dipohon guru yang mana tidak menjejaskan pencen & ganjaran dan menjejaskan kedua-dua keistimewaan tersebut;




sumber asal: cikgushare.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan