Sekolah adalah merupakan salah satu agen yang berkesan kearah
menyatupadukan murid-murid. Sekolah juga boleh memainkan peranan yang lebih
berkesan jika kegiatan-kegiatan khas dijalankan bersama di antara ketiga-tiga
jenis sekolah berkenaan iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) terutamanya
sekolah-sekolah yang terletak di dalam satu kawasan atau yang berhampiran
(tetapi bukan dalam satu kawasan).
Peluang untuk bergaul dan bermesra di kalangan
murid-murid bagi sekolah-sekolah di dalam satu kawasan atau yang berhampiran
ini hendaklah diwujudkan. Demikian juga jika peluang untuk bergaul dapat
disediakan dengan baik dan dilaksanakan secara sedar dan terancang serta
bertanggungjawab, proses integrasi murid-murid pelbagai kaum dari ketiga-tiga
jenis sekolah itu dapat dipupuk dan dibina lebih awal sebelum mereka masuk ke
sekolah-sekolah menengah.
Rancangan Intergrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang
berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan
cara demikian, murid-murid dari sekolah atau sekolah-sekolah yang terlibat akan
dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri.
Perkongsian ini juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mengadakan
kemudahan atau peralatan tersebut bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai
kemudahan atau peralatan itu.
Rancangan yang dicadangkan ini adalah rancangan
kegiatan-kegiatan khas dan oleh kerana itu ia tidak akan menjejaskan
keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah rendah yang berkenaan.
Disebaliknya, rancangan ini akan mempertingkatkan lagi kerjasama di antara
ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam usaha-usaha yang mendatangkan faedah
dan kepentingan bersama.
Konsep
Rancangan Integrasi Murid-Murid ini menekankan
penglibatan dan kerjasama murid-murid dari
ketiga-tiga jenis sekolah yang jenis sekolah yang
berkenaan di dalam:
-Penggabungan kegiatan-kegiatan khas;
-Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan
sekolah;
-Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman
dan kepakaran yang ada.
Objektif
Rancangan
Objektif rancangan ini adalah:
-Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru
dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan di dalam kegiatan-kegiatan khas
secara bersama;
-Peningkatan
pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong muhibah dan toleransi di
antara murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara sedar
dan terancang;
-Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga
jenis sekolah yang berkenaan secara bersama dengan maksima.
Murid-murid
Yang Terlibat
-Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada
murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah
yang
berkenaan yang berada di dalam satu kawasan.
-Murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang
berkenaan yang berhampiran (tetapi bukan
di dalam
satu kawasan) yang membolehkan rancangan ini dijalankan dengan berkesan.
-Murid-murid dan sekolah-sekolah yang akan
dilibatkan dalam rancangan ini telah pun
dikenalpasti
oleh Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
Pengesanan
Dan Penyeliaan
Unit Ko-Kurikulum di Jabatan-Jabatan Pelajaran
Negeri yang berkenaan adalah bertanggungjawab di atas pelaksanaan, pengesanan
dan penilaian Rancangan Integrasi Murid-Murid ini.
Sebagai panduan untuk pengurusan RIMUP di sekolah, boleh
muat turun dokumen-dokumen di bawah:
MUAT TURUN
sumber; cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan