::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

30 April, 2016

Pengurusan Kemudahan Cuti Guru



Cuti mengikut Perintah Am Bab C 1974 ditafsirkan sebagai sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Ini bermakna pegawai yang menggunakan kemudahan cuti masih lagi merupakan seorang penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa yang perlu dipatuhi.

Dalam konteks penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemudahan cuti terbahagi kepada empat (4) kategori yang utama seperti berikut:
- Cuti Kerana Perkhidmatan;
- Cuti Atas Sebab Perubatan;
- Cuti Tanpa Rekod; dan
- Lain-lain Cuti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan