Panduan Menangani Histeria Di Sekolah [klik sini]
Baru- baru ini kes histeria banyak terjadi di
sekolah. Terdapat SOP khusus yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
berhubung isu ini. Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian
di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada
mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi
(stres). Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid
di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada
di sekolah atau di asrama
Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes
Histeria dari segi tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku
akan dapat membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan
awal pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian
histeria yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini.
Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan
stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran
untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental
(tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat
membentuk kesejahteraan murid.
Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres,
cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak
(coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan
perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam
kalangan murid.
DEFINISI
OPERASIONAL
Histeria bermaksud seseorang yang terganggu
fikirannya atau psikologinya yang menjadikan seseorang itu stress, anzieti,
murung, risau, susah hati, yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.
PUNCA
Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami
kes hysteria adalah seperti berikut;
- Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah
keluarga, kewangan (kemiskinan).
- Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah
pembelajaran, persekitaran sekolah yang tidak kondusif.
- Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan,
pergaduhan, percintaan.
-Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah,
kurang kemahiran daya tindak (coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan
kemurungan.
OBJEKTIF
Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria
adalah sebagai persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum,
semasa dan selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;
-Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga
sekolah tentang menangani kes histeria di sekolah.
-Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan
program perkembangan, pencegahan dan pemulihan bagi kes hysteria
-Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes
hysteria
-Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam
kalangan murid serta mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.
-Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan
melaksanakan intervensi stres.
-Merujuk murid yang mengalami masalah emosi,
psikologi, mental dan histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan
prosedur yang betul.
Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah
perlu diambil sebagai persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS kes histeria
berlaku.
sumber: cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan