Dasar baru pencen merupakan cebisan daripada ucapan
Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu, Di Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 pada 10 Mei
2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
1. Antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri
mengenai dasar baru persaraan dan pencen :
- “...
kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 56 tahun
kepada 58 tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008...";
-
”Mengenai pencen terbitan, pada masa ini salah satu syarat pencen
terbitan yang dibayar kepada ahli keluarga gemulah ialah kadarnya akan disusut
70% selepas 12 ½ tahun dari tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan
anggota sektor awam. Berdasarkan kajian terperinci, bagi keluarga yang
mempunyai anak kecil semasa kematian gemulah, syarat ini agak membebankan dari
segi kewangan. Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan telah bersetuju untuk
menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan ini mulai 1 Januari 2009. Ini
bermakna pencen terbitan ini akan dibayar 100% kepada ahli keluarga gemulah.
- ”...
kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh
perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara dan penerima pencen
berkuatkuasa 1 Januari 2009. Sebelum ini, pencen pegawai perkhidmatan awam
dihitung dengan mengambilkira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun.
Dasar baru ini juga meliputi persaraan dan kematian dalam perkhidmatan sebelum
tarikh kuatkuasa. Walau bagaimanapun kadar pencen yang dihitung semula akan
dibayar mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan.”; dan
”Buat ibu
atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar
pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan mulai 1 Januari
2009.”
2. Sebelum ini kerajaan telah bersetuju memansuhkan
syarat pemastautinan di Malaysia bagi pemberian pencen terbitan melebihi 12 ½
tahun dan penyelarasan pencen berkuatkuasa mulai Januari 2008
HURAIAN
I. Umur persaraan wajib anggota sektor awam
dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun:
- Tidak
dilaksanakan secara automatik sebaliknya tertakluk kepada opsyen yang akan
dibuat oleh setiap individu yang sedang berkhidmat. Dilaksanakan sebagai syarat
perkhidmatan kepada anggota yang sedang dilantik mulai 1 Julai 2008.
- Opsyen
turut diberikan kepada mereka yang telah memilih kekal bersara wajib apabila
mencapai umur lima puluh lima (55) tahun mengikut Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 3 tahun 2001.
- Opsyen
juga akan diberi kepada mereka yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja.
-
Seseorang pegawai yang sepatutnya bersara wajib kerana mencapai umur 56
tahun pada 1 Julai 2008 (iaitu tarikh kelahirannya ialah 1 Julai 1952) akan
diberi opsyen untuk berkhidmat sehingga beliau bersara wajib apabila mencapai
umur 58 tahun (iaitu pada 1.7.2010). Ini adalah kerana pada 1 Julai 2008 (iaitu
tarikh kuat kuasa dasar baru persaraan wajib apabila mencapai umur 58 tahun),
semua pegawai yang belum mencapai umur 58 tahun pada tarikh itu (termasuk
pegawai yang mencapai umur 56 tahun pada tarikh itu) boleh terus berkhidmat
sehingga persaraan apabila mencapai umur 58 tahun sekiranya beliau memilih
untuk berbuat demikian. Sebaliknya, seseorang pegawai yang mencapai umur 56 pada
30 Jun 2008 atau sebelumnya (iaitu yang telah dilahirkan pada 30.6.1952 atau
sebelumnya) TIDAK diberi opsyen berkenaan dan hendaklah bersara wajib apabila
mencapai umur 56 tahun kerana beliau tidak sempat diliputi oleh dasar baru yang
berkuat kuasa pada 1 Julai 2008.
- Anggota
yang akan bersara pada atau selepas 1 Julai 2008 dan telah menerima Kad Pesara
dan Surat Kelulusan Faedah Persaraan sebelum ini, bayaran faedah persaraan akan
ditangguh sehingga Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
menerima maklumbalas mengenai opsyen pilihan umur persaraan wajib yang akan
dibuat oleh anggota berkenaan.
- Tawaran
pelantikan secara kontrak selepas persaraan kepada anggota yang tidak memilih
untuk bersara wajib pada umur lima puluh lapan (58) tahun adalah tertakluk
kepada budi bicara pihak berkuasa melantik
II. Menghitung pencen mengikut formula berasaskan
tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun.
- Formula
pengiraan pencen berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun
merangkumi juga mereka yang telah bersara sebelum 1 Julai 2008 dan kadar baru
hanya akan dibayar pada 1 Januari 2009 tanpa tunggakan.
- Dasar
baru ini tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai tempoh perkhidmatan
yang boleh dimasukira tiga ratus (300) bulan atau kurang.
Contoh 1 :
Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 365 bulan
dengan gaji akhir sebanyak RM2000.00
(*) Pegawai yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang
boleh dimasukira selama 300 bulan atau lebih akan menerima tambahan 20%
daripada pencen yang dihitung mengikut dasar lama
Contoh 2 : Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan
yang boleh dimasukira selama 322 bulan dan gaji akhir yang diterima ialah
RM2000.00
III. Pencen terbitan akan dibayar 100 peratus
kepada ahli keluarga gemulah mulai tarikh tersebut.
Contoh 3 : Pegawai A mempunyai tempoh perkhidmatan
yang boleh dimasukira selama 290 bulan. Gaji terkahir bersamaan pada 1 Julai
2007 ialah RM2000.00. Kini setelah 17 tahun beliau meninggal dunia, berapakah
kadar baru pencen terbitan yang akan diterima oleh balu pada 1 Januari 2009?
Contoh 4 : Pegawai B mempunyai tempoh perkhidmatan
yang boleh dimasukira selama 375 bulan. Gaji terkahir bersamaan pada 1 Julai
2007 ialah RM2000.00. Kini setelah 17 tahun beliau meninggal dunia, berapakah
kadar baru pencen terbitan yang akan diterima oleh balu pada 1 Januari 2009?
(*) Kesan dasar baru menghitung pencen mengikut
formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan pembayaran
pencen 100% seumur hidup.
IV. Ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia
tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali gus atau ex-gratia dan
bukan pencen terbitan mulai 1 Januari 2009.
-
Ex-Gratia akan dibayar hanya kepada ibu atau bapa kepada pegawai yang
meninggal dunia dalam perkhidmatan awam tanpa meninggalkan ahli keluarga
tanggungan.
- Formula
pengiraan ex-gratia sedang diperhalusi olej Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
bersama dengan Seksyen Pasaran Kewangan dan Aktuari, Perbendaharaan Malaysia.
Skim pencen kemudiannya mengalami perubahan demi
perubahan demi kebajikan bekas-bekas penjawat awam.
Sumber: JPA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan