::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

04 Ogos, 2018

Logo Merdeka 2018 dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia


Hari Kemerdekaan merupakan antara sambutan di peringkat kebangsaan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Logo dianggap penting dalam membentuk identiti dan imej syarikat, produk, pertubuhan serta negara.

Justeru, kehadiran logo, slogan mahupun tema dalam konteks kempen sambutan perayaan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana elemen-elemen inilah yang sebenarnya memiliki daya tarik atau fokus yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang relevan kepada masyarakat.
Logo digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat kerana masyarakat lebih mudah untuk memahami dan menerima mesej yang disampaikan melalui imej berbanding dengan perkataan.

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 manakala logo Hari Kemerdekaan pula hanya mula dicipta pada tahun 1976 sehingga kini. Logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun
tersebut. Mulai tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam (kini UiTM) berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh JawatankuasaPusat Perayaan Hari Kebangsaan.

Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akandibangkitkan oleh sesetengah pihak.


Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.


Lagu tema Hari Kebangsaan nukilan vokalis kumpulan muzik rock, Bunkface bertajuk Kita Punya Malaysia yang mempunyai elemen menarik dan berlainan sebagai ekspresi kepada kerajaan baharu yang berbeza dan lebih bertenaga.

Maksud tersirat dalam lagu ini memupuk kepelbagaian kaum dan kepentingan perpaduan sebagai sebuah bangsa dalam membangun kan negara. 




*SENARAI TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN MALAYSIA*

*2017* *Negaraku Sehati Sejiwa*
*2016-2015* *Sehati Sejiwa*
*2014* *Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta*
*2013* *Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku*
*2012* *1Malaysia. Janji Ditepat*
*2011* *1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera*
*2010* *1Malaysia Menjana Transformasi*
*2009* *1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan*
*2008* *Perpaduan Teras Kejayaan*
*2007* *Malaysiaku Gemilang*
*2006-2000* *Keranamu Malaysia*
*1999* *Bersatu Ke Alaf Baru*
*1998* *Negara Kita Tanggungjawab Kita*
*1997* *Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya*
*1996* *Budaya Penentu Kecapaian*
*1995* *Jatidiri Penggerak Wawasan*
*1994* *Nilai Murni Jayakan Wawasan*
*1993* *Bersatu Menuju Wawasan*
*1992* *Wawasan Asas Kejayaan*
*1991* *Wawasan 2020*
*1990* *Berjaya*
*1989-1988* *Bersatu*
*1987* *Setia Bersatu Berusaha Maju*
*1986* *Bangsa Tegas Negara Teguh*
*1985* *Nasionalisme Teras Perpaduan*
*1984* *Amanah Asas Kejayaan*
*1983* *Bersama ke Arah Kemajuan*
*1982* *Berdisiplin Giat Maju*
*1981* *Berdisiplin Berharmoni*
*1980* *Berdisiplin Berbakti*
*1979* *Bersatu Berdisiplin*
*1978* *Kebudayaan Seni Perpaduan*
*1977* *20 Tahun Bersatu Maju*
*1976* *Ketahanan Rakyat*
*1975* *Masyarakat Berdikari*
*1974* *Sains dan Teknologi Alat Perpaduan*
*1973* *Masyarakat Kebudayaan Malaysia*
*1972* *Masyarakat Adil*
*1971* *Masyarakat Progresif*
*1970* *Muhibah dan Perpaduan*


GAMBAR KOLEKSI LOGO MERDEKA  
HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN MALAYSIA
TAHUN 1976-2017

Koleksi Logo Merdeka




Tiada ulasan:

Catat Ulasan