::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

05 Ogos, 2018

Melindungi Kedaulatan Jalur Gemilang


Bendera Kebangsaan kita mendapat nama Jalur Gemilang oleh Tun Mahathir pada hari Merdeka tahun 1997.



Jika anda perasan ketika Perarakan Merdeka, Jalur Gemilang perlu dibawa bagaikan ianya berkibar di atas tiang. Kepala bendera juga haruslah berada di hadapan perarakan menuju ke bangunan, ianya hanya sebagai panduan protokol untuk diikuti agar ianya seragam.

Cara yang betul. Imej via The Star


Satu-satunya undang-undang yang boleh mengawal orang ramai menggunakan Jalur Gemilang adalah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Seksyen 3 dalam Akta tersebut menggariskan yang tiada sesiapun boleh menggunakan simbol nasional buat tujuan komersil tanpa kebenaran (contohnya menggunakan Jata Negara untuk logo syarikat).



Walaupun kita tak ada undang-undang khusus mengenai Jalur Gemilang, kita ada undang-undang am dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) bagi orang yang tidak menghormati bendera Malaysia. Kita pernah menggunakan Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Seksyen 14 dalam Akta Kesalahan Kecil 1955 untuk mendakwa individu yang tidak menghormati bendera kita.

Secara dasarnya, Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan menyatakan jika anda menghina atau memulakan apa-apa yang boleh mengancam keamanan awam, anda boleh didenda 2 tahun di penjara, atau saman, atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula menyatakan yang jika anda menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau berkelakuan sebegitu, anda boleh didenda hingga RM100.




Disunting daripada artikel cikgushare.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan