::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

18 Februari, 2017

SEMAKAN DAN PENGESAHAN SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)


SISTEM GURU MALAYSIA
Modul ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk membuat semakan dan pengesahan.


Kata Laluan
Bagi Guru KPM sila log masuk menggunakan No Kad Pengenalan, manakala bagi guru swasta sila log masuk menggunakan No Permit, Kata laluan bagi guru di KPM adalah sama seperti kata laluan SPLKPM manakala kata laluan guru swasta akan dibekalkan oleh Institusi masing-masing


Dipohon semak butiran
Guru dipohon semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan. Klik pada butang Pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan. Sila kemaskini maklumat tersebut menerusi aplikasi eOperasi bagi guru di sekolah dan menerusi aplikasi eOperasi/SPLKPM bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Bahagian/ Jabatan/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Mohon kepada semua guru untuk membuat pengesahan dalam web SGMy: https://sgmy.moe.gov.my/IND/index.cfm

1. Log masuk (ic&pswd) adalah sama seperti kata laluan SPLKPM. ( ID is IC , password is last 4 digits of IC )
2. Semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan.
3. Klik pada butang Pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar.
4. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan, sila kemaskini maklumat dlm eOperasi.
5. Guru juga diminta membuat pengesahan penerimaan *Sijil Guru Malaysia* setelah memperolehi sijil tersebut menerusi ketua jabatan masing-masing.
6. Tarikh akhir membuat pengesahan adalah pada *16 Februari 2017*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan