::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

19 Februari, 2017

Program Kecemerlangan Tahunan UPSR Tahun 2017


Seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolah akan menyasarkan target pencapaian UPSR bagi setiap tahun. Pelbagai program pendidikan atau kelas tambahan akan dirancang bagi memastikan usahasama diantara guru dan pihak sekolah dilakukan sebaiknya. Di samping perancangan pembelajaran, kita juga tidak harus melupakan untuk menerapkan elemen elemen rohaniah, aktiviti luar bilik darjah, dan pelan pembelajaran sistematik bagi calon calon UPSR.


Perancangan seperti ini haruslah dilakukan berhati hati dan sekiranya kita sudah mempunyai satu pelan yang berkesan ia tidak perlu dioptimumkan lagi. Apa yang harus ditumpukan adalah pelaksanaan tahunan secara berkesan. Daripada ilham ini, dikongsikan jadual ataupun pelan tahunan  yang boleh dilakukan pihak sekolah dari awal tahun 2017 hingga akhir tahun 2017 untuk melengkapkan program kecemerlangan sekolah bagi UPSR pada tahun ini.

Sila dapatkan perkongsian pada pautan yang disediakan di bawah.


Pada setiap tahun, kita sangat bimbang apakah prestasi pencapaian murid sekolah kita bagi UPSR tahun ini kan. Bukan apa, selain ia mempengaruhi masa depan murid murid, kita sebagai guru atau panel pengajar pelajar UPSR ingin melihat prestasi KPI pencapaian guru melalui pencapaian keseluruhan UPSR sekolah. Tambahan kejutan keputusan UPSR bagi tahun 2016 yang sangat rendah, sudah pasti pihak jawatankuasa GPK sekolah perlu lebih berhati-hati dalam menyusun program kecemerlangan UPSR bagi tahun ini.

Jadi bolehlah ambil pelan ini sebagai rangka agar dalam menyusun perancangan tahunan, tidak ada item item ataupun aktiviti aktiviti sampingan yang terlepas pandang. Sudah tentu, pelajar pelajar tidak dapat belajar dengan elok sekiranya hanya pendidikan secara pembacaan yang ditumpukan. Sekiranya, diselitkan dengan aktiviti aktiviti bersama ibu bapa dan rohaniah mereka akan merasa lebih tenang dan ‘refresh‘ semangat mereka setiap sesi sampingan ini dilakukan.


Program Peningkatan UPSR 2017
– Kelas Tambahan Fasa 2 Selepas Waktu Persekolahan
& Masa Cuti
– Bisikan Nurani Tahun 6 Bersama Barisan
Pentadbiran Sekolah
– Jadual Anjal Dilaksanakan Selepas Peperiksaan
Percubaan
– Bengkel / Seminar Teknik Menjawab Semua Subjek
Upsr

Peruntukan PIBG
–Latih Tubi
–Tutor
–Pecutan Akhir
–Slot Teknik Menjawab
–Motivasi Diri
–Rehatkan Minda
–Majlis Mohon Restu
–Bacaan Yassin dan Solat Hajat Bersama Waris Pelajar

Program Yang Dirancang Dan Sedang Dijalankan
Lain – Lain Dalam Perancangan Tahun 2017
Program-Program Yang Bakal Dijalankan

Disember 2016
Pemantapan Rohani Dengan Kerjasama Panitia Agama Islam

Januari 2017
Mentor Mentee Pengurusan Masa dan Kemahiran Belajar
Program Motivasi Diri Membina Matlamat dan Keyakinan Diri

Februari 2017 – Mac 2017
Bijak Sifir Sebelum Memulakan Setiap Sesi Pengajaran

April 2017
Kelas Tambahan Fasa 1 Subjek Kritikal
Kelas Malam
Sistem Homework Terancang
Latihan Intensif
Topikal

Jun 2017
Headcount
Post Mortem
Dilaksanakan Selepas PPT dan Percubaan 1 Jun 2017

Julai 2017
Langganan Setiap Isnin
Latihan Intensif Berdasarkan Format Terbaru KSSR Jun 2014

Ogos 2017 – September 2017
Program Pasca UPSR
Permainan Rakyat
Lawatan
Pertandingan Keceriaan Sekolah

Oktober – November 2017
Insentif Peningkatan Jun 2017
ETR Upsr 2017
Ujian Akhir Tahun 2017
Ulangkaji Pelajaran Tahun 4 & 5

Motivasi Akademik
Motivasi Kendiri Berupa Sumbangan Voucher
RM5 – A
RM2 – Peningkatan  Keputusan Ujian
Prestasi UPSR 2016

Kelas Tambahan
Intensif (Jumaat / Sabtu)
8.30 – 10.00 PG
KUMP. 1 – BI
KUMP. 2 – M3
10.15 – 11.45 PG
KUMP. 1 – M3
KUMP. 2 – BI
8.30 – 10.00 PG
KUMP. 1 – BM
KUMP. 2 – SN
10.15 – 11.45 PG
KUMP. 1 – SN
KUMP. 2 – BM


Halangan Dan Cabaran Guru

–Ketidakhadiran Ke Kelas Tambahan
–Latihan Tidak Dilakukan @ Tidak Lengkap @ Tidak Berkualiti.
–Tiada Kesungguhan @ Minat Dalam Pembelajaran.
–Tidak Fokus Semasa Pnp – Pandang Ke Luar Kelas, Bersembang Dengan Rakan.
–Alat Tulis Tidak Lengkap, Pinjam Pada Rakan –Hilang Tumpuan.
–Melengahkan Kerja Sekolah@Tugasan.
–Membazir Masa Dengan Bermain Di Belakang Kelas –Waktu Senggang@Sebelum Memulakan Kelas Tambahan.
–Sebahagian Pelajar Masih Tidak Menghafal Sifir.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan silakan berkongsi pengisian ini kepada rakan rakan guru anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan