::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

24 Disember, 2018

Persediaan Penggal Persekolahan


Bagi tahun 2019 ini, pihak KPM melalui BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengeluarkan beberapa panduan kepada pentadbiran sekolah, guru, ibu bapa, murid serta orang awam berkenaan dengan perkara berkaitan dengan penggal persekolahan 2019. Dokumen panduan ini dapat membantu warga sekolah dan ibu bapa membuat beberapa persediaan berkenaan dengan persekolahan. Melalui dokumen ini, pelbagai panduan seperti minggu persekolahan, cuti penggal persekolahan, disertakan sekali dalam dokumen ini.

Penggal pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 2019 bagi negeri kumpulan A dan 2 Januari 2019 bagi negeri kumpulan B. Ini disebabkan negeri kumpulan B menyambut tahun baru masihi 2019 sebagai salah satu cuti umum.

Penggal 2 persekolahan pula bermula pada 9 Jun 2019 bagi negeri kumpulan A dan 10 Jun 2019 bagi negeri kumpulan B namun tertakluk kepada cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi tahun 2019. Cuti persekolahan ini juga tertakluk kepada perubahan lagi kerana pada tahun 2018, negeri Sarawak bercuti sempena Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri berbeza dengan negeri lain.

Berikut merupakan dokumen persediaan penggal persekolahan 2019 untuk kegunaan warga sekolah dan orang awam. [Persediaan Penggal Persekolahan]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan