Semua telah sedia maklum, pegawai kerajaan yang tidak
menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan Kerajaan semasa
menjalankan tugas rasmi, layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam di perenggan
5.11.1, 1PPWP1.4.
Secara prinsipnya, tuntutan Tambang Pengangkutan Awam
adalah meliputi perkhidmatan teksi/kereta sewa/ bot/ motobot/ jenis
pengangkutan lain dalam kategori ini (pengangkutan awam).
Memandangkan perkhidmatan Uber dan Grab Car masih belum
diiktiraf oleh Kerajaan sebagai pengangkutan awam, perkhidmatan tersebut tidak
boleh dianggap sebagai pengangkutan awam yang melayakkan pegawai berkenaan
untuk membuat tuntutan bayaran balik tambang pengangkutan awam.
Namun begitu, sebarang tuntutan yang telah dibayar sebelum
7 Jun tidak perlu dikutip semula, dan emel terbaru ini dianggap sebagai punca
kuasa yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan