Jawatan Luar Norma bermaksud jawatan yang diperuntukan
khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik atau guru asas di
sesebuah sekolah.
Jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah
merupakan jawatan luar norma. Manakala yang lain termasuk Guru Penolong Kanan
berdasarkan gred sekolah termasuk juga jawatan luar norma. Begitu juga dengan
beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan
sebagainya.
Senarai berikut adalah jawatan luar norma
berdasarkan maklumat dalam EMIS.
1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Akademik
3. Penolong Kanan HEM
4. Penolong Kanan Kokurikulum ( bagi Gred A sahaja)
5. Penolong Kanan Petang
6. Guru Pakar / Guru Cemerlang
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling
8. Guru Penyelaras Bestari
9. Guru Media
10. Guru J-QAF
11. Guru Pemulihan Khas
Agihan jumlah bilangan waktu PdPc bagi guru
berjawatan luar norma juga berbeza. Rujuk jadual dibawah:
Manakala Jawatan Dalam Norma bermaksud guru yang
mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kouta Guru Akademik seperti
Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam
# Jawatan luar norma adalah seperti yang dinyatakan
dalam surat lantikan.
# 1 Jawatan Luar Norma bermaksud kuota sekolah
boleh tambah 1 lagi. Contohnya, kuota sekolah A ialah 111 guru sahaja, dengan
adanya jawatan luar norma, cotohnya 5 jawatan luar norma, sekolah A boleh ada
116 guru.
sumber asal: cikgushare.com
sumber asal: cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan