::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

28 Mei, 2017

Urusan Pertukaran Guru Secara One Stop Center (Berpusat) Bermula 2018


Bermula pada Januari 2018, KPM telah menetapkan bahawa semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanakan secara berpusat atau One Stop Center.

Semua urusan pertukaran dan penempatan guru antara negeri hanya akan dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM sebagai urus setia, dan tidak lagi dilaksanakan oleh bahagian-bahagian operasi yang lain di KPM.

Manakala urusan pertukaran dan penempatan guru di semua jenis sekolah di sesebuah negeri pula akan hanya dibuat oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing.

Langkah penambahbaikan proses kerja pertukaran dan penempatan guru secara berpusat ini bertujuan untuk;

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya di mana tempoh masa yang akan digunakan untuk proses tersebut dapat disingkatkan.

2. Memudahkan rujukan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi KPM dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam urusan tersebut.

3. Pengurusan data guru dan data pergerakan guru dapat dipantau secara tepat melalui satu pusat seterusnya dapat mengelakkan percanggahan terhadap data tersebut.

4. Memudahkan guru berurusan secara setempat, tidak lagi terpaksa bergerak untuk mencari tempat-tempat yang berbeza bagi menyelesaikan urusan mereka. Hal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi di samping memudahkan aduan dan maklumbalas guru-guru terlibat yang akan dikendalikan di satu pusat sahaja.

KPM amat berharap dengan langkah-langkah yang diambil tersebut akan dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan yang timbul dalam kalangan guru-guru kita.

Dengan langkah-langkah yang diambil ini juga, KPM juga amat berharap agar guru-guru dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab mereka mendidik anak bangsa seperti diharapkan negara.

Perlu diperjelaskan juga bahawa dalam membuat pertimbangan terhadap pertukaran guru serta kebajikan mereka, KPM juga perlu mengambilkira kepentingan pembelajaran murid yang perlu diberi keutamaan khususnya bagi murid-murid yang berada dalam kelas-kelas peperiksaan awam UPSR dan SPM.


Sumber: Portal Tokdet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan