Hari Guru tiba lagi. 16 Mei setiap tahun, semua
guru di seluruh Malaysia akan meraikannya. Untuk Tahun 2017, sekali lagi Guru :
Pembina Negara Bangsa dipilih untuk tema sambutan kali ini.
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa
Definisi
- Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi
penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas,
berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta
berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
- Pembina: Individu yang membangun, membina,
mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai
individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi
penididikan.
- Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan
ketatanegaraan yang mapan.
Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk
memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang
teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang
penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya
saintifik serta bersatu padu.
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat
Kebangsaan Ke-46 Tahun 2017 akan diadakan di Johor Bharu. Majlis ini akan
diadakan di Educity Sports Comlex, Iskandar Puteri, Johor 16 Mei 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan