Petaling Jaya, 22 Mei 2017 - Kementerian Pendidikan
Malaysia mengumumkan bahawa mulai hari ini semua sekolah awam (sekolah
kebangsaan) akan menerapkan Lagu Aku Negaraku bersama dengan nyanyian lagu
kebangsaan, lagu negeri dan juga lagu sekolah masing-masing apabila perhimpunan
rasmi sekolah diadakan.
Penambahan lagu Aku Negarakku yang berenak
kontemporari ini diharapkan akan menyuntik semangat positif dan patriotisme
apabila dinyanyikan bersama-sama oleh guru dan pelajar. Ianya merupakan
sebahagian dari inisiatif Negaraku yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri,
bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.
Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Damanasara
Utama, sebuah sekolah kluster kecemerlangan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Ybhg. Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof menyertai para pelajar dan guru-guru
sekolah tersebut menyanyikan lagu Aku Negaraku, semasa perhimpunan sekolah.
"Saya berharap para pelajar sekalian akan
menghayati dan memahami mesej yang terkandung dalam bait-bait lagu yang
dinyanyikan semasa perhimpunan rasmi sekolah masing-masing menjiwai dan
mengamalkan sebaik mungkin kerana ia dapat membentuk generasi yang berhemah
tinggi dipacu oleh semangat sayangkan negara," kata Tan Sri Dr Khair.
Menurut beliau, selalin dari memberi tumpuan kepada
pengajaran mata pelajaran seperti matematik, sains dan sebagainya, pihak
sekolah juga memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar menjadi insan
cemerlang yang memeliki semangat patriotisme yang tinggi kepada negara.
Pengertian di sebalik lagu Aku Negaraku penuh
bermakna. Malaysia mendapat tempat yang istimewa di hati rakyat, oleh itu
setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam memberikan sumbangan
terhadap pembangunan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan