::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

10 Mei, 2017

Potongan Gaji Tidak Melebihi 60%?


Bermula April 2017, potongan dalam penyata gaji penjawat awam tidak boleh melebehi dari 60%. Pelaksanaan ini kerana mahu membentung tahap keberhutangan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam. Berikut pemberitahuan dari JANM. 

Dimaklumkan mulai April 2017, Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM. Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. Arahan ini selaras dengan keputusan Kerajaan. Sebarang pertanyaan berkaitan arahan ini, sila emel kepada bkp_kajian@anm.gov.my atau rujuk kepada FAQ.

Sebelum ini juga kami telah kongsikan berita ini, Laman blog Pendidik2u telah kongsikan maksud potongan tidak melebihi 60% tersebut.

Mudah sahaja, tengok pada Slip Gaji anda, pada ruang Jumlah potongan itu adakah ia melebih 60% dari gaji kasar anda.

Gaji kasar adalah Gaji Pokok tambah elaun.

60/100 x GAJI KASAR

Rujuk Contoh Penyata Gaji di bawah:
Imej via Pendidik2u.com

Sekiranya potongan anda telah mencapai 60%, maka anda perlu menguruskan sendiri hutang anda, andainya ingin membuat pinjaman lain selepas ini.



sumber: pendidik2u.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan