Taksonomi Bloom dalam bidang pendidikan ialah satu
model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang
seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:
-Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar
dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir,
-Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap,
perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri.
-Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras
yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali
diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep
ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran
manusia.
Heararki
Taksonomi Bloom
Sistem pendidikan kini menngunakan pendekatan
taksonomi bloom bagi mengubal soalan. Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkenalkan kandungan pembelajaran baharu yang lebih menekankan peringkat
pemikiran aras tinggi iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Dibawah merupakan penerangan mengenai heararki
taksonomi bloom :
1. Pengetahuan
Aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji
sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan
yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu
yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk
perkataan atau simbol.
Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam
menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara
yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa,
apa, di mana, bila dan beri.
Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah
murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa
yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
2. Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian
atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang
pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa
lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi
iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat
sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu
membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan
bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan
bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada
bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi
aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.
3. Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan
konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah.
Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan
proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti
selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
4. Analisis
Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur.
Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong
unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip
iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan
tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan
antara komponen.
5. Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain.
Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya
yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah
penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori
membina suatu hubungan yang abstrak.
Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan
set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.
6. Penilaian
Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu
perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu
idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid
perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi
sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan
atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga
dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu
menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan
lain-lain.
Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan
dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori
kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang
merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.
Kesimpulan
Oleh yang demikian, guru perlu mengetahui aras
soalan yang diberikan kepada murid-murid. Guru perlu sentiasa memberi soalan
yang berbentuk aras pemikiran tinggi untuk membiasakan murid menjawab soalan.
Contohnya, mata pelajaran Matematik, guru perlu biasakan memberi soalan KBAT,
rujuk Modul KBAT untuk contoh soalan KBAT Matematik.
sumber asal: SGO
sumber asal: SGO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan