::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

08 April, 2017

Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang Di KPM Tahun 2017


Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Di Sekolah, Kolej Vokasional (KV) Dan Pensyarah Cemerlang Di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) Dan English Language Teaching Centre (ELTC) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2017.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 06 April 2017 sehingga 05 Mei 2017.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Ketua Jabatan hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakan permohonan yang layak sahaja kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya sahaja akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Calon yang tidak menerima sebarang keputusan/pemakluman selepas tempoh 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.Keputusan adalah muktamad.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.
Iklan boleh mula dipohon mulai 06 APRIL 2017.

Keterangan lanjut sila rujuk dan muat turun pada lampiran Surat Siaran.

Terima Kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan