::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

30 April, 2017

Minit Mesyuarat 'BOLEH DIEDIT'


Biasanya kita tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa dalam membuat draf dan melengkapkan minit mesyuarat. Contoh yang dikongsikan kami juga merupakan minit mesyuarat yang selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi mencapai objektif sedemikian, kita seharusnya mempunyai sumber dan rangka yang pelbagai dalam sampel sampel minit mesyuarat berkenaan supaya ubah suai yang perlu dilakukan adalah minima sahaja.

Oleh disebabkan itu, hubungan antara sampel minit mesyuarat akan dikumpulkan selengkap yang boleh agar memudahkan pengurusan penyediaan minit mesyuarat anda nanti.


Jenis Jenis Contoh Minit Mesyuarat

Dalam Sistem Pendidikan di Sekolah, terlalu pelbagai mesyuarat yang bakal diadakan. Dikesempatan ini, disediakan bahan contoh boleh diedit bagi jenis contoh minit mesyuarat berikut ;

Format Minit Mesyuarat ‘blank’
Format Minit Mesyuarat SK Bandar
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Minit Mesyuarat PIBG
Minit Mesyuarat Kokurikulum
Minit Mesyuarat Staf
Minit Mesyuarat Sukan
Minit Mesyuarat Panitia Subjek
Minit Mesyuarat Guru
Minit Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
Minit Mesyuarat Pengurusan
Dapatkan Contoh Minit Mesyuarat boleh diedit disini
Minit Mesyuarat Staf
Minit Mesyuarat Kokurikulum
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Minit Mesyuarat Sukan

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’ dan juga ‘PDF’

Download : [klik sini]


Panduan dan Tips Membina Minit Mesyuarat

Dikongsikan juga tips dan panduan membuat minit mesyuarat secara ringkas dan mudah seperti berikut.

1. Format Minit Mesyuarat yang umum
Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika kita sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.


2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu
Pembinaan Minit Mesyuarat biasanya tidak terlalu berbeza dan tidak memerlukan kosmetik yang tinggi dalam rekabentuknya.Ini kerana, kita mahukan kandungannya ringkas dan melengkapi minit yang telah dibincangkan dan tindakan yang harus diambil.

Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Sekiranya mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut.

Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut. Biasanya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.


3. Tindakan Lanjutan
Biasanya kita seharusnya menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan. Sekiranya tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.


4. Bahagian Pengesahan.
Disini juga bahagian yang penting dalam minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat dalam menyediakan minit mesyuarat patutlah dikenalpasti dari awal agar tandatangan mudah didapati secepat yang mungkin.

Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.

Sekian sahaja perkongsian kami dalam posting kali ini. Sila sebarkan sekiranya para guru menemui bahan ini bermanfaat kepada semua. Sekian Terima kasih.


sumber : http://nurhaizachemat.blogspot.kr/2016/01/minit-mesyuarat-ubk-kali-1-2016.html
sumber : http://myhanamaisarah.blogspot.kr/2015/01/minit-mesyuarat-panitia-bi-kali-pertama.html
sumber : http://skstmarkperai.blogspot.kr/2013/05/sekolahkebangsaan-st-mark-perai.html
sumber : http://setiausahasekolah.blogspot.kr/2012/12/contoh-minit-mesyuarat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan