ePangkat KPM sebenarnya sudah lama diwujudkan dalam
sistem. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, tidak cakna atau tidak ambil tahu
tentang keweujudannya. Sistem ePangkat KPM ini dibina khas bagi menguruskan
urusan kenaikan pangkat guru. Ianya dibina untuk mengelakkan sebarang keciciran
atau kesilapan dan pemudahcara dalam pengurusan.
Sebenarnya, ePangkat ini telah pertama kalinya
berada di atas talian pada 21 Ogos 2008 dimana bagi mengelakkan kelemahan
dalaman pengurusan pangkat seperti kelewatan memproses urusan dan juga
kelewatan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu juga masalah seperti
pertindihan urusan dalam pengesyoran dan proses kenaikan pangkat juga mampu
menjejaskan imej KPM.
Sebelum ini, pelbagai masalah timbul hinggakan ada
guru yang tidak naikkan pangkat kerana isu-isu seperti maklumat tidak lengkap,
data yang dibekalkan tidak tepat, data yang disediakan pula ada yang tidak
dikemaskini dan pelbagai lagi. Kerana keadaan yang tidak sistematik ini
menyebabkan banyak pihak mengalami kerugian. Oleh sebab itu, tercetusnya idea
dan terbinanya satu sistem hebat ini yang sekarang kita panggil sebagai
ePangkat.
Login
ePangkat KPM disini
> Login ePangkat <
Login ke Sistem E Pangkat disini
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/firsttimelogin.php
( ePangkat belum boleh di akses. 3/4/2017)
ePangkat KPM
dan Objektif Asalnya
Sebelum ini telah dikongsikan beberapa matlamat
e-Pangkat KPM. Ianya diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi penting
seperti;
-Melakukan proses pemangkuan
-Menyelesaikan masalah isu kelewatan dan
pertindihan urusan kenaikan pangkat
-Membuat kenaikan Pangkat
-Memberikan Penempatan pemangkuan
-Menyelesaikan isu Pertukaran jawatan
-Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan
pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan
Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Selain itu, objektif e-Pangkat KPM adalah untuk
-Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan
pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan
kenaikan pangkat.
-Membolehkan perancangan urusan pemangkuan,
kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat
dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya
-Membudayakan sistem kerja semua urusan naik
pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan
kumunikasi.
-Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan
melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat.
-Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat
yang fleksibel dan kemas bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.
Semakan
Keputusan ePangkat Melalui E Pangkat Keputusan
Untuk menyebab status permohonan atau kemaskini
terbaru anda boleh login menggunakan nombor kad pengenalan anda ke poral
epangkat keputusan dibawah.
Bagaimana
Cara Menghubungi Bahagian e Pangkat
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah
dialamatkan kepada kami ke alamt di bawah.
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan
Persekutusan, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Email : cnp@moe.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan