::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

12 April, 2017

Diftong


Diftong ialah apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Ianya dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.


Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
ai
au
oi

Guru boleh jadikan ini sebagai nota bantuan kepada guru untuk mengajar terutamanya guru Bahasa Melayu.


Definisi

Secara lebih terperinci:
-Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
-Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
-Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
-Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
-Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.


Contoh Perkataan

-ai – gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
-au- aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
-oi-boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi,

contoh lain:
Banyak lagi perkataan yang berkaitan. Guru boleh rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari perkataan lain. Guru juga boleh mengajar murid untuk membuat ayat menggunakan perkataan-perkataan ini.

Guru boleh menggunakan aktiviti Kelas Abad ke21 untuk mengajar. Sebagi contoh think pair share. Murid akan lebih memahami sekiranya aktiviti yang dirancang itu menarik.



sumber asal: SGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan