Taklimat dan Panduan Pengisian Tapak Offline
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
Standard 4: PdPc
Peringkat S.K.Panji 2017
SKPMg2 atau Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan
penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard seperti aspek
kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal
ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Aspek 4.1
Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan
kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(Pdpc)
4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara
profesional dan sistematik
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran,
menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat
pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan
arahan yang berkuat kuasa
Aspek 4.2
Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc
untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara
terancang
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta
memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif
pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp
4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara
profesional dan terancang
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun
atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara
menyeluruh dan berterusan
Aspek 4.3
Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai
pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan
nilai berdasarkan objektif pelajaran
4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan
terancang
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran
dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta
menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran /
mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat
secara berhemah dan bersungguh-sungguh
Aspek 4.4
Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan
motivasi murid dalam pembelajaran
4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan
aktiviti pembelajaran secara terancang
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif,
mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid
memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh
pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara,
mengikut keupayaan murid dan secara berterusan
4.4.2 Guru mendorong emosi murid melaksanakan
aktiviti pembelajaran secara terancang
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan
serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan
berterusan
Aspek 4.5
Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap
penguasaan murid
4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik
dan terancang
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran,
menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak
hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan
pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan
Aspek 4.6
Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk
menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses
pembelajaran secara berkesan
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan
aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan
soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan