Di bawah adalah beberapa situasi yang berlaku di sekolah. Walaupun murid cuti, guru sebenarnya turut bekerja sama ada di sekolah atau luar sekolah.
"Masa cuti sekolah, kami perlu hadir
sekurang-kurangnya dua hari untuk kelas tambahan. Di samping itu, tanda kertas
periksa kerana peperiksaan dijalankan sebelum cuti sekolah.
"Memang kami dibekalkan cuti tujuh hari
setahun, tetapi ia perlu dipohon untuk kes-kes tertentu sahaja. Cuti sekolah
adalah cuti untuk pelajar dan guru dimestikan hadir bertugas terutamanya guru
yang diarahkan. Tetapi pengetua panggil bertugas biasanya untuk guru yang
rajin. Kalau guru kurang rajin, tak ada lah banyak tugas."
SITUASI 2:
"Kerjaya guru sekarang dah tak sama macam
dulu-dulu. Kerja makin bertambah. Cuti sekolah, jangan mimpi nak cuti
lama-lama. Kelas tambahan, latihan sukan, debat dan macam-macam lmemerlukan
komitmen guru. Itu belum campur kena hadiri kursus, bengkel, mesyuarat dan
taklimat."
Pelbagai rasa disuarakan guru apabila dipanggil
bertugas pada cuti sekolah. Hari persekolahan, mereka sudah mengajar,
kemudian,perlu lakukan macam-macam tugas seperti memasukkan data, membuat kerja
perkeranian dan sebagainya. Bila tiba cuti sekolah, dipanggil pula untuk
bertugas.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan