Sempena musim percukaian ini, kami ingin kongsikan
langkah-langkah bagaimana untuk mengisi borang cukai (e-filing) dengan mudah.
Langkah utama adalah dengan melayari
https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan login No. Pengenalan dan password.
Jika tiada, anda harus mohon No. PIN individu di
cawangan LHDN berhampiran kawasan anda.
Kongsikan dengan rakan anda yang masih pening macam
mana nak isi e-filing.
NOTA PENTING:
1. Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai
pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu
mendaftar fail cukai pendapatan.
2. Borang BE - bagi individu yang tiada punca
pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30
April setiap tahun.
3. Mulai 2017 - portal ezhasil memperkenalkan ciri
keseleamatan baru dengan meminta pengguna mencipta FRASA KESELAMATAN
Sumber: Nasihat Kewangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan