Kepada Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani yang ingin mendapatkan contoh Pelan Strategik Pendidikan Jasmani boleh
dapatkannya di sini. Di dalam pelan ini juga mengandungi pelan operasi pelan
taktikal bagi Panitia Pendidikan Jasmani. Pendidkan Jasmani juga merupakan
subjek yang penting sebenarnya, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Ini menunjukkan bahawa,
pendidikan di Malaysia bukanlah semata-mata dari segi intelek sahaja, tetapi ia
juga meliputi rohani emosi dan jasmani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan