::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

26 Mac, 2017

Minggu AntiDadah


Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Kebangsaan Panji telah dilancarkan pada 28 Mac 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. 



Pelbagai program dirancang untuk dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti Pemeriksaan Kesihatan, Program Gotong Royong dan Pertandingan Mewarna Poster AADK.  Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan