::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

04 Mac, 2017

Kertas UPSR 2016


Kertas UPSR sebenar 2016 lengkap amat diperlukan oleh guru tahun 6 bagi tahun 2017. Hal ini kerana calon UPSR 2016 ini adalah kohort pertama bagi KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah di mana kurikulum ini merupakan kurikulum terbaru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Oleh itu wajarlah di tahun 2017 ini, soalan UPSR 2016 ini perlu ditadbir ke atas murid bagi menilai pencapaian dan prestasi mereka sebelum UPSR berlangsung. Set ini boleh diberi secara berulang-ulang bagi memastikan murid terbiasa dengan format yang baru.

Calon yang mendapat semua A iaitu kira-kira 5000 orang di seluruh Malaysia merupakan murid yang benar-benar pandai. Hal ini kerana format baru ini diakui sangat KBAT dan menguji tahap kebolehan murid. Ibubapa perlu tahu bahawa KPM sekarang ini menetapkan untuk mencari murid yang berkualiti terutamanya dalam penyelesaian soalan berasaskan KBAT untuk mengangkat standard pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju.


Sila download menggunakan link yang telah disediakan. Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ [klik sini]

Bahasa Melayu Pemahaman

Bahasa Melayu Penulisan

Bahasa Inggeris Pemahaman

Bahasa Inggeris Penulisan

Matematik Kertas 1

Matematik Kertas 2

Sains Kertas 1

Sains Kertas 2


sumber asal: sistemguruonline.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan