1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-
gilir
·
Pelajar 1 : susun kad seperti
kipas
·
Pelajar 2 : pilih kad dan bacakan
soalan
·
Pelajar 3 : jawab soalan
·
Pelajar 4 : beri respon dan
pujian kepada jawapan yang diberi
2. Inside-Outside Circle
§ Cari
pasangan
§ Bentuk dua
bulatan , satu di dalam (Bulatan 1) dan
satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
§ Guru beri
soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
§ Pelajar
dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
§ Beri
pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
§ Kemudian
tukar peranan dengan soalan baru
§ Akhir sekali
tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
3. Match Mine
· Empat
orang murid duduk dalam satu pasukan
·
Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·
Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·
Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2
melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang
oleh Pelajar 1 )
Apa
yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada
kefahamannya dari arahan atau mesej yang
disampaikan olehPelajar 1
·
Pelajar 1 melihat hasil yang
dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·
Kemudian kedua-duanya tukar peranan
4. Same Different
· 2
orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar
yang ada pada setiap orang dari mereka
·
Kemudian mereka bandingkan jawapan
· Akhir
sekali tukar pasangan dalam kumpulan
5. Rally Robin
·
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang
satu-satu perkara secara lisan
6. Round Robin
·
Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7. Rally
Table
·
Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau
menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan
pen/pensil yang sama
8. Round
Table
·
Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
9. Simultaneous Round Table
· Dalam
pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
·
Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya
setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
10. Spin-N-Think
·
Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan
giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
11 Talking Chips
·
Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin
bercakap dan memberi pendapat
·
Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang
diberi peluang
12.Jigsaw Problem Solving
· Dalam
pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan
bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match
·
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan
dengan bahan yang ada pada dirinya
14. Trade-A-Problem
·
Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk
dicari penyelesaian
15. Team Stand-N-Share
· Ahli
pasukan berdiri
·
Guru/rakan lain memberi soalan
·
Pasukan hanya boleh duduk jika
bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
16. Find the Fib/Guess the Fib
·
Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang
sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
· Ahli
lain diminta mencari yang mana yang salah
17. Line Ups
· Dalam
pasukan berempat pelajar membuat barisan
·
Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·
Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah
kalau tidak setuju
18. Formations
·
Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan
19. Window Pane
· Guru
melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
· Ahli
dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi
konsep/perkara tersebut
20. Showdown
·
Setiap ahli pasukan menulis satu
jawapan /penyelesaian kepada masalah
· Pada
masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·
Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21. Lyrical Lessons
·
Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang
disukai kanak-kanak
22.Timed Pair Share
·
Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
·
Kemudian tukar peranan
23.Stir- the- Class
·
Pasukan duduk dalam bulatan
·
Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·
Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk
menunjukkan persetujuan
· Bila
loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk
soalan yang berikutnya
24.Team Word-Web
·
Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·
Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen
yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka
25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
·
Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu
·
Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·
Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
26. Paraphrase Passport
·
Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang
jawapan kawan sebelumnya
27. Mix-Freeze Group
·
Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
· Bagi
yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”
28. Think-Pair-Share
· Guru
kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·
Setiap ahli diberi masa untuk
berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara
berpasangan
· Semua
ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
29.Roam the Room
·
Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil
perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
·
Apabila guru beri isyarat kedua,
semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari
dari rakan/pasukan lain
30. Gallery Tour
·
Seperti di atas tetapi mereka
bergerak secara pasukan
· Hasil
pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain
melihat/membacanya
·
Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya
pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
· Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk
berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·
Setelah kembali semula ke pasukan
asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
31. Three Stray, One Stay
· Tiga
ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·
Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk
menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
· Bila
selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·
Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. Rotating
Review
·
Pasukan bincang topic
· Buat
carta/pengurusan grafik
·
Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri
pendapat tentang hasil perbincangan
kumpulan itu
· Buat
carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·
Begitulah seterusnya
33.The Yarn Yarn
·
Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk
dililit di tangan
· Akhirnya
kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
34. Kinesthetic Symbols
· Murid
membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
35. Team Statements
·
Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk
pernyataan individu
·
Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang
dipersetujui semua
36. Who am I ?
·
Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat
di belakang baju)
·
Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan
lain tentang identity masing-masing.
·
Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·
Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan,
individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum
‘mengenalpasti” identitinya
37. Sages Share
·
Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan
lebih lanjut akan idea tersebut,
mencatat ‘initial” mereka
· Rakan
lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk
kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
38. Traveling File
·
Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk
dibincangkan
·
Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke
dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
·
Setiap pasukan yang mendapat fail
baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada
dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·
Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan
jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
39. Team Interview
·
Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan
maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team
Project
·
Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan,
membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
·
Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga
yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili,
keamanan dunia, keseronokan hidup
·
Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang,
jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·
Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka
42. Find-Someone-Who
·
Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar
diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya
daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating
Review
· Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di
kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
·
Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk
membuat penilaian hasil kerja setiap
pasukan
·
Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan
pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna
pen yang berbeza
44.
Three-Step Interview
· Empat
orang pelajar dalam satu pasukan
·
Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan
seorang lagi yang ditemuduga
· Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di
atas
·
Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang
dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
45. Two-Box
Induction
·
Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·
Fasilitator beri ransangan
· Ahli
pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
· Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan
telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep
tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan