::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

28 Februari, 2017

Tatacara, Syarat dan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam 2017


Pihak lembaga telah menetapkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan awam untuk sesi 2017 adalah bermula 1 Mac 2017. 


Sila rujuk link di bawah berkenaan dengan tarikh dan tatacara serta borang pendaftaran.


Pihak lembaga juga telah mengemasikini syarat berkenaan dengan pendaftaran bagi peperiksaan awam. Dengan ini, syarat pendaftaran peperiksaan yang terpakai dalam Buku Panduan Pengurusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan yang diterbitkan pada tahun 2010 adalah terbatal.

Berikut merupakan syarat kelayakan pendaftaran bagi peperiksaan dan pentaksiran mulai tahun 2017.

Syarat Kelayakan Pendaftaran UPSR

1)Murid Tahun 6 yang mengikuti kurikulum kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Mencapai umur 11 tahun pada 1 januari pada tahun peperiksaan UPSR.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Pentaksiran Tingakatan 3

(a) Calon sekolah

1)Murid tingkatan 3 yang mengikuti kurikulum kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 januari tahun PT3

(a) Calon persendirian
1)Mencapai umut 14 tahun pada 1 januari pada tahun pt3.


Syarat Kelayakan Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia

(a) Calon sekolah
1)Murid tingkatan 5 yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

(b) Calon persendirian
1)Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Bagi melihat perubahan syarat bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (ulangan), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), boleh rujuk pada surat siaran di bawah;



Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan. Semoga bermanfaat.


sumber asal: sistemguruonline.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan