Surat ini dikeluarkan bagi memberi peringatan
kepada mana-mana pegawai yang telah dinamakan di dalam siasatan dan wuju asas
untuk prosiding tatatertib dimulakan, tidak lagi dibenarkan diberi AMARAN
SECARA PENTADBIRAN oleh ketua jabatan masing-masing.
Amalan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa
pegawai berkenaan telah mendapat kemaafan (condonation) oleh Ketua Jabatan,
sedangkan beliau masih belum dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan. Amaran secara pentadbiran ini tidak menggambarkan tindakan tegas
telah diambil terhadap kes-kes salah laku yang melibatkan penjawat awam.
Justeru itu surat siaran di bawah telah diedarkan
bagi mengingatkan ketua-ketua jabatan yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan