::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

28 Februari, 2017

eBook Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan generasi masa depan Malaysia yang seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Murid yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula telah diperkenalkan mulai 2011 sebagai satu usaha untuk memperkukuh dan memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul.

Pelbagai kemahiran berfikir telah digabungkan bagi tujuan membuat pertimbangan dan penilaian dalam menyelesaikan masalah. Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan.

Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistemik yang merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain.


Para guru digalakkan untuk Muat Turun ebook kbat sebagai rujukan : Ebook KBAT



sumber asal: pendidik2u.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan