::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

13 November, 2016

KSSR (Semakan 2017): Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam 
Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3

Bermula tahun 2017, murid tahun 1 akan mempelajari sukatan pelajaran KSSR (semakan) 2017. Terdapat pelbagai perubahan dan penambahbaik terhadap KSSR ini. Rujuk di bawah ini untuk melihat perubahan KSSR (semakan) ini.

Hasil daripada perubahan tersebut juga, KPM telah mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan pelaksanaan masa dan jam bagi semua mata pelajaran di peringkat rendah.
Boleh rujuk perkara ini pada maklumat di bawah.



Rajah di atas menunjukkan peruntukan jam setahun minimun bagi mata pelajaran tahap 1.  Tiada perubahan ketara berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum KSSR semakan 2017 ini.


Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6


Rajah di atas pula menunjukkan peruntukan masa bagi KSSR Tahap 2. Tiada perubahan ketara. Reka Bentuk Teknologi dan Teknologi Maklumat Komunikasi masih berkongsi waktu pengajaran dengan perlu diajar bergilir-gilir. Begitu juga dengan sains, mahupun telah didesak untuk menambah waktu kerana terlalu banyak kandungan pelajaran, namun masih kekal dengan4 masa atau 2 jam seminggu.



Panduan Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian



Rajah di atas pula menunjukkan panduan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan kesenian bagi tahap 1. Ia perlu dilaksanakan secara berturutan iaitu komponen seni visual 2 waktu dan komponen muzik 1 waktu. Jadi 3 waktu (90 minit) bagi Pendidikan Kesenian dalam satu hari untuk satu kali seminggu. Tidak boleh diasingkan.


sumber asal; sistemguruonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan