::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

17 Oktober, 2016

Permohonan Kemasukan SBP Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017



Pelajar lepasan tahun enam (6) dan tingkatan tiga (3) bagi sesi persekolahan 2016 sudah tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang.

Ini kerana Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.

PERMOHONAN ONLINE SBP FORM 1 / 4 (TINGKATAN 1 / 4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM TAHUN 2017 

Berikut disediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2017

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017 Tingkatan 1
Dibuka
15 Oktober 2016
Ditutup
15 November 2016
Pautan Laman Web Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online)
Info Dan Panduan Permohonan SBP

  1. Panduan Mengisi Maklumat Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2017
  2. Aliran SBP Tingkatan 1 Tahun 2017
  3. Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan
  4. Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan
Pautan Portal Rasmi KPM
http://www.moe.gov.my
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 tahun 2017
-

Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2017 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut
Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal
Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan
Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan
Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan masih dibuka

Syarat Umum Pemilihan Kemasukan SBP Bagi Tingkatan Satu (1)
Murid mestilah Warganegara Malaysia
Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan
Memperolehi Keputusan Cemerlang Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Aktif dalam kokurikulum

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017 Tingkatan 4
Dibuka
1 Disember 2016
Ditutup
30 Disember 2016
Pautan Laman Web Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online)
Akan disertakan sebaik sahaja sistem aplikasi diaktifkan
Info Dan Panduan Permohonan SBP
Pautan Portal Rasmi KPM
http://www.moe.gov.my
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 4 tahun 2017

Syarat Umum Pemilihan Kemasukan Bagi Tingkatan Empat (4)
Murid mestilah warganegara Malaysia
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam (PT3) atau sekurang-kurangnya 6A (termasuk Sains dan Matematik)
Aktif dalam kokurikulum

sumber asal; sistemguruonline.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan