Cuti sekolah tambahan tiga hari sempena Deepavali
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti
perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah
tambahan selama tiga hari.
Menurut kenyataan daripada laman sesawang
Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan
bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina,
Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah
ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1
November 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan