::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

19 September, 2016

Taklimat dan Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Murid Sekolah [SEGAK] Sesi Ke-2 Tahun 2016

Pada hari ini telah diadakan ujian SEGAK untuk semua murid tahun 4,5 dan 6. Ujian SEGAK ini dijalankan sehingga waktu rehat tahap 2. SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"



Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. Konstruk yang diukur: Perkembangan fizikal murid Kecergasan Senaman Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun. Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah. Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan. Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang.






Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:
1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan