Kali ini nak kongsikan satu aplikasi online yang
sangat menarik untuk dicuba, Kahoot!. Aplikasi online bagi kuiz yang sangat
interaktif dan menarik. Sangat membantu sesi pembelajaran supaya lebih fresh
dan paling penting, murid-murid pasti akan sangat suka!
Kenapa Kahoot!?
1. Sangat interaktif. Murid dapat peluang
menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila
murid sendiri yang dapat tekan, dapat terlibat dengan aktif, maka mereka akan
lebih tertarik.
2. Ada sistem ranking. Setiap kali selepas soalan
dijawab, akan keluar satu ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar. Top 5
lah kiranya. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada
pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan
berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul, dan paling cepat.
3. Soalan yang boleh diset. Kahoot! juga memberi
kebebasan untuk guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh
menunggu jawapan murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi
setting.
4. Soalan boleh save dalam akaun masing-masing. Ini
juga satu kelebihan untuk para guru. Sebab tak perlu nak bawak pendrive. Kalau
terlupa, boleh terus dapatkan daripada akaun masing-masing. Susunkan dalam
bentuk format yang tertentu mengikut bab / subtopik supaya mudah bila nak guna
dengan pelajar nanti.
5. Online. Boleh diakses di mana-mana selagi ada
capaian internet.
6. Multipurpose. Boleh digunakan semasa pdp, set
induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan exam dan lain-lain lagi
mengikut kreativiti cikgu.
7. Cuba bayangkan apa perasaan pelajar bila nampak
nama rakan dia terpampang kat depan skrin, nama dia plak tak ada? Tentu dia lagi
bersemangat kan nak jawab dengan lebih baik, dengan lebih cepat untuk soalan
seterusnya. Persaingan sehat!
Untuk dapatkan idea dan keseronokan nya, jemput
tonton terlebih dahulu video pengalaman saya dan pelajar menggunakan Kahoot!.
Jangan lupa juga tengok keterujaan murid, setiap kali menjawab, dan setiap kali
mendapat jawapan.
Best kan? Nampak sangat murid bersungguh-sungguh
ambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran ini. Pelajar bersaing sesama rakan
bagi mendapatkan markah yang paling tinggi. Kalau berminat, jom kita sambung
baca dengan langkah-langkah menggunakan Kahoot! dalam kelas.
Langkah-Langkah
1. Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk
membina akaun. Kat akaun tu nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang
telah dibina.
2. Seterusnya, mula lah membina set soalan anda
masing-masing. Gunakan kreativiti semasa membina soalan. Boleh masukkan teks /
gambar / video. Soalan KBAT juga boleh soal jika guru bijak menggunakan
kreativiti masing-masing.
3. Pada hari kejadian, mohon pelajar log in Kahoot!
di https://kahoot.it/#/. Boleh guna pc, boleh guna laptop, boleh juga guna
smartphone (download apps khusus - percuma). Paparan untuk murid lebih ringkas.
4. Minta pelajar tunggu untuk Game PIN bagi kuiz
kali ini. Ingat yer! Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali kita bermain
dalam tu. Maka tak perlu nak salin dalam buku bagai. Tunggu jer yang keluar kat
skrin depan.
5. Sebaik saja, guru mulakan kuiz, Game PIN akan
dikeluarkan di skrin. Maka pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu
melalui komputer masing-masing.
6. Kemudian, pelajar perlu masukkan Nickname mereka
bagi tujuan identifikasi. Bilangan dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz,
akan terpampang di skrin.
7. Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in
dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi. Sebaiknya maklumkan pelajar beberapa
syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan dan
lain-lain yang berkenaan.
8. Soalan akan terpampang di skrin depan.
9. Murid akan menjawab di komputer masing-masing
dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan
jawapan masing-masing.
10. Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan
sebenar akan keluar.
11. Setiap pelajar akan mendapat keputusan samada
BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
12. Manakala di skrin depan pula, terpapar senarai
Top 5 pelajar dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada
pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.
13. Teruskan dengan soalan seterusnya sehingga
selesai menjawab semua soalan.
14. Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan
nama pelajar Top Scorer akan dipaparkan. Mesti bangga sungguh siapa yang
namanya terpampang di akhir kuiz. Hebat aih.
Menarik kan? INshaAllah murid-murid akan suka
dengan aktiviti ni. Semoga perkongsian ini mampu memberi pengetahuan baharu
kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam pdp. Semoga
membantu!
sumber asal; cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan