Muat Turun:
Disini disertakan slide pengurusan majlis rasmi yang mengikut protokol kerajaan Malaysia. Slide ini memaparkan pelbagai kaedah dan peraturan serta panduan yang boleh diikuti ketika mengendalikan majlis-majlis rasmi, termasuklah jawatankuasa, susunan tempat duduk dan lain-lain lagi.
Panggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan
terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan
mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan
panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis
yang dikendalikan.
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong,
Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
Yang
di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
Raja
Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
Raja
Perlis - DYMM Tuanku
Sultan
Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
Sultanah
Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
Sultan
Selangor - DYMM Sultan
Tengku
Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
Yang
Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
Tunku
Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
Sultan
Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
Sultanah
Pahang - DYMM Sultanah
Sultan
Terengganu - DYMM Sultan
Tengku
Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
Al-Sultan
Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
Raja
Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
Sultan
Johor - DYMM Baginda Sultan
Sultanah
Johor - DYMM Baginda Sultanah
Paduka
Seri Sultan Perak - DYMM Paduka SeriSultan
Raja
Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
Yang
DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
Isteri
Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang
lain ialah:
Perdana
Menteri - Yang Amat Berhormat
Isteri
Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
Timbalan
Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
Isteri
Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
Menteri
Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
Isteri
Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
Menteri,
Timbalan Menteri - Yang Berhormat
Isteri
Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
Tan
Sri/isteri - Yang Berbahagia
Datuk
selain negeri Johor - Yang Berbahagia
Dato’
dari negeri Johor - Yang Berhormat
Raja/Tengku - Yang Mulia
Isteri
Raja/Tengku - Yang Berbahagia
Panglima
Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
Ketua
Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
Ketua
Hakim Negara - Yang Amat Arif
Isteri
Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
Hakim
Besar - Yang Arif
Isteri
Hakim Besar - Yang Berbahagia
Hakim
Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang
Berbahagia
Peguam
Negara/isteri - Yang Berbahagia
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat
Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan