Petanque sebagai satu kegiatan sukan dapat memenuhi
konsep “Kecergasan Seumur Hidup “. Faktor usia dan kekuatan tubuh badan bukan
menjadi ukuran atau kelebihan kepada seseorang pemain. Semua peringkat umur
pemain dari peringkat sekolah rendah membawa kepada alam remaja, belia, dewasa
dan warga tua boleh menguasai sukan petanque dengan baik dan bijak
Petanque amat mudah dipelajari. Dengan memerhati
dan mengkaji orang lain bermain dan mengetahui beberapa peraturan asas ,
seseorang itu mampu bermain petanque. Ia tidak memerlukan pergerakan yang
banyak atau yang ‘vigorous ‘ kerana permainan dilakukan dalam gelanggang yang
kecil berukuran15meter x 4 meter minimum dan tiada had masa ditentukan untuk
menghabiskan permainan.
Petanque tidak memerlukan tempat tertentu untuk
bermain . Di mana terdapat kawasan lapang saperti di halaman rumah, di tepi
pantai. , di tepi padang atau di taman permainan seseorang boleh menjalankan
aktiviti permainan petanque. Dengan lain maksud , keluasan gelanggang permainan
senang dicari. Petanque tidak memerlukan pakaian yang khas untuk bermain
asalkan pakaian yang digunakan itu ringan dan dapat memudahkan pergerakan dan
bersopan.
Dari segi kos, permainan petanque adalah ‘one time
investment ‘. Boule permainan petanque hanya dibeli sekali dan selagi ianya
tidak pecah atau hilang ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya. Dalam
permainan petanque pemain digalakkan berbincang sesama sendiri sebelum dan
selepas melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan ini dapat melahirkan semangat
kerjasama, persefahaman, toleransi, sabar dan cekal apabila menghadapi pihak
lawan.
Dalam permainan petanque terdapat
peratuaran-peraturan dan etika permainan yang dapat melahirkan persaingan yang
sihat dan menghormati pihak lawan. Gerakan-gerakan dalam permainan petanque
boleh disifatkan sebagai asas kepada latihan untuk sukan.di mana tenaga
dikeluarkan secara beransur-ansur dari permulaan hingga tamat permainan
(seperti cara memanaskan badan). Ianya tidak memerlukan tenaga yang banyak dan
kekuatan fizikal seperti kebanyakan sukan. Cara bermain adalah mengikut
perkembangan fikiran dan kecekapan mental pemain.
Ketika bermain seluruh bahagian badan digunakan.
Pemain yang bermain petanque sebanyak enam kali di sesuatu pertandingan dalam
satu hari dianggarkan dapat mengeluarkan tenaga kira-kira 200 kali daripada
lontaran boule yang mempunyai berat 700 gram, 250 kali enjutan badan ke atas
dan ke bawah, berjalan kira-kira 3km tanpa disedari dan berkali-kali melompat
juga tanpa disedari.
Cara
Permainan
Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai
kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan
sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi
menguasai kedudukan tersebut.
Petanque dimainkan dalam 3 versi
5.1.1 Triple (Bertiga) – Setiap pemain menggunakan
dua biji boule
5.1.2 Double (Berdua) – Setiap pemain menggunakan
tiga biji boule
5.1.3 Single (Perseorangan) – Setiap pemain
menggunakan tiga biji boule
* Tiada versi lain dibenarkan dalam mana-mana
kejohanan rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan