Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan
semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan
sekolah menangguhkan semua aktiviti air dalam kegiatan kokurikulum murid-murid
sama ada dalam atau luar waktu sekolah
mulai 12 Ogos 2016.
Penangguhan ini dilaksanakan berikutan kejadian
seorang guru di Kedah yang meninggal dunia pada 11 Ogos 2016 dipercayai akibat
leptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus semasa
mengikuti aktiviti Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia peringkat
negeri pada 17 hingga 20 Julai lalu di Pusat Kokurikulum Daerah Baling (Kem
Jerai), Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan