KHAIR MOHAMAD YUSOF (depan, dua dari
kiri)
bersalaman dan beramah mesra dengan
guru-guru
semasa lawatan kerja ke Pejabat
Pendidikan
Daerah Kota Bharu, Kelantan.
TANAH MERAH 8 Ogos - Cadangan penggubalan Akta
Perlindungan Guru akan diteliti secara mendalam bagi mencari mekanisme terbaik
untuk melindungi golongan pendidik dalam era yang semakin mencabar sekarang.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad
Yusof berkata, ketika ini perkara tersebut masih di peringkat awal dan pihaknya
perlu menyemak terlebih dahulu cadangan berkenaan.
“Kami berpegang kepada kenyataan Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengambil perhatian dan menyokong cadangan
tersebut.
“Setakat ini, kita masih belum melihat skop
perlindungan untuk akta berkenaan kerana ia baru sahaja dicadangkan,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah dalam Parlimen Tanah Merah di Pejabat
Pendidikan Tanah Merah di sini semalam.
Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan persidangan
tersebut selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati
Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut
dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.
*sumber asal; cikgushare.com
*sumber asal; cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan