Fatwa berkenaan 19
perkara ini juga telah disahkan oleh ulama besar, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
bersama Majlis Fatwa Eropah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.
1. Ubat titik mata
dan telinga, cuci telinga (earwash).
2. Ubat GTN yang
diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
3. Memasukkan
pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat
speculum kedalam vagina; atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk
pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
4. Memasukkan alat
urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi
kencing.
5. Menggerudi,
mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi); dengan syarat ia tidak
ditelan.
6. Injeksi (cucuk)
melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam
pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
7. Menderma atau
menerima darah.
8. Menerima oksigen
atau gas untuk bius.
9. Menerima semua
bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan
sebagainya.
10. Mengambil darah
untuk pemeriksaan.
11. Memasukkan tiub
(catheter) untuk pemeriksaan.
12. Memasukkan tiub
melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau
rawatan (intervention).
13. Mencuci mulut,
kumur-kumur, spray mulut; dengan syarat ia tidak ditelan.
14. Pemeriksaan dalam
rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
15. Mengambil sel
dari hati atau organ lain (Biopsy).
16. Menggunakan ubat
titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
17. Injeksi pada
dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan
jari.
18. Pembedahan yang
memerlukan bius penuh (general anaesthesia); jika pesakit mahu berpuasa.
19. Haemodialisis
atau peritoneal dialysis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan