MUAT TURUN: Borang Instrumen Pemantauan PdP Guru
PdP guru tidak hanya dipantau oleh Guru Besar, malah PPD, JPN, Jemaah
Nazir akan turut melakukan pemantauan ini. Tujuan pemantauan adalah untuk
memastikan guru menyampaikan yang terbaik kepada murid-murid mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti input yang disampaikan.
Setiap pemantaun akan menggunakan intrumen yang
selaras. Aspek-aspek penting yang akan dinilai terlah ditetapkan di dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Standard 4.
Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini
ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti
tinggi yang kreatif dan berinovasi.
Huraian
Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)
Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk
memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara
berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :
-penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi
membolehkan pengajaran berkesan
-penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor meningkat
-hasil kerja murid yang berkualiti dapat
mengukuhkan pembelajaran
-perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran
-kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan
pencapaian objektif pelajaran
-komunikasi yang mudah dan berkesan bagi
mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid
-penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi
mengukuhkan pembelajaran murid
-penilaian yang berterusan bagi meningkatkan
keberkesanan p&p
-kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan
pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan
kritis murid
-penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan
pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat
-pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan
suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p
-pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif
bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru
Aspek 4.1
Penglibatan Murid
-hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru
/ membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru
-hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif
dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid
dengan bahan
-hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada
pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran
Aspek 4.2
Penguasaan Pembelajaran Murid
-Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada
arahan / soalan guru
-Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan
berkaitan dengan pelajaran
-Murid berupaya melakukan tugasan secara akses
kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri
-Hampir keseluruhan murid mencapai objektif
pembelajaran
Aspek 4.3
Hasil Kerja Murid
-Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau
latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format
-Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan
atau latihan yang diberikan
-Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi
tugasan atau latihan secara berterusan
- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang
dibuat sesuai dengan keupayaan murid
Aspek 4.4
Perancangan dan Persediaan Guru
-Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan
meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan
pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan
-Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan
bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan
dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid.
Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
-Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan
merujuk kepada objektif pelajaran
-Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk
merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya
Aspek 4.5
Kaedah Penyampaian
-Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk
belajar
-Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan
dan keupayaan murid
-Aktiviti
yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid
-Guru
mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada
abstrak)
-Aktiviti
yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran
-Aktiviti
pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam
kalangan murid
-Aktiviti
pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang
-Guru
menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi
-Masa
pelajaran digunakan dengan optimum
Aspek 4.6
Kemahiran Komunikasi
-Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah
difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai
-Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum
balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan
-Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi
galakan dan pujian
Aspek 4.7
Penggunaan Sumber Pendidikan
-Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang
sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid
-Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat
dalam pembelajaran
-Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang
betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan
Aspek 4.8
Penilaian
-Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat
penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid
serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai
-Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif
untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p
-Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan
konsisten
Aspek 4.9
Teknik Penyoalan
-Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami,
bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh
kelas
-Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan
murid
-Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat
hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p
-Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan
pemikiran kreatif dan kritis murid
Aspek 4.10
Penguasaan Isi Kandungan
-Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai
dengan objektif pelajaran
-Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi
jawapan dengan jelas, yakin dan tepat
-Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya
dengan isu semasa / pengalaman murid
-Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran
mengikut tahap potensi murid
Aspek 4.11
Pengurusan Kelas
-Guru memastikan kelas berada dalam keadaan
kondusif untuk proses p&p
-Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan
menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan
terhadap pelajaran
-Guru menegur salah laku murid (jika berlaku)
dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka
-Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti
yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan
pembelajaran
Aspek 4.12
Amalan Profesionalisme Keguruan
-Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam
menyampaikan pelajaran
-Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan
bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya
-Guru menepati masa
-Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati
-Guru memperlihatkan perwatakan positif dan
mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan