::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

17 Mei, 2016

Dasar Exit Policy [Dasar Pemisah] Penjawat Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7, 2015 [klik sini]


Semakan Exit Policy Penjawat Awam Yang Berprestasi Rendah dan Bermasalah

Malaysia mencatatkan nisbah jumlah kakitangan awam dibandingkan jumlah penduduk yang tertinggi dibanding Singapura, Filipina mahupun Indonesia. Sekarang ini jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sekitar 1.6 juta. Mereka-mereka inilah yang telah memberikan sumbangan besar kepada rakyat dan negara dalam pengurusan dan menggerakkan pembangunan sebuah negara yang bernama Malaysia selama ini.

Walaubagaimanapun, ada kalangan kakitangan awam yang mengambil kesempatan dan tanggungjawab dan diberikan dengan melakukan kerja sambil lewa, curi tulang dan lain-lain lagi perbuatan dan tidak beretika sehingga memberikan imej yang buruk kepada majoriti kakitangan awam yang bekerja dengan penuh efisien.

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA melalui kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengumumkan :
-Kerajaan Malaysia akan perkenalkan sistem dan mekanisme terbaru melibatkan exit policy atau dasar pemisah untuk penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah
-Memastikan penjawat awam yang ada dis ektor awam sentiada berada di perasi terbaik kepada rakyat Malaysia

Hakikatnya, berdasarkan pengumuman Tan Sri Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara mengatakan ada sekitar 5,000 penjawat awam di Malaysia mempunyai markah dan skor di paras 60 peratus sahaja melalui dasar pemisah (exit policy).




PROSEDUR PELAKSANAAN POLISI UNTUK PEGAWAI DIBAWAH 60% MARKAH PRESTASI







PERATURAN EXIT POLICY (DASAR PEMISAH)




FAEDAH PERSARAAN UNTUK PEGAWAI YANG DIKENAKAN EXIT POLICY






sumber asal; cikgushare.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan