3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai
Pelajar Abad ke 21
Corak pembelajaran bagi bilik
darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan peredaran zaman.
Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran yang
diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke
20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh
pelajar untuk abad ke 21 ini.
1. Kemahiran Maklumat dan
Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan
teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan
media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi
yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga
mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan.
Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam
memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.
2. Kemahiran Berfikir dan
Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu
mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang
sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan
dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif
juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan
semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan
sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.
3. Kemahiran Interpersonal dan
Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu
dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai
semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk
berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga
perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras
masing-masing.
Pelajar mempunyai akauntabiliti
yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan
rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial
yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan